Wednesday, November 4, 2009

KEK COKLAT KUKUS LIZA

KEK COKLAT KUKUS LIZA


KEK COKLAT KUKUS LIZA - CARI Makan & Resipi
Bahan-bahan
Bahan A
220 gm tepung gandum
1 s/k baking powder
1/2 s/k soda bikarbonat
50 gm serbuk koko
180 gm gula perang

Bahan B
2 biji telur
1 s/k esen vanila

Bahan C
200 ml susu cair
200 ml minyak mazola
200 mi air panas

Cream Coklat:
300 gm coklat masakan [potong kecil]
50 gm fresh cream
Cara Memasak
1. Gaulkan semua bahan A dalam mangkuk supaya rata.
2. Pukul Bahan B dalam mangkuk berasingan. Masukkan dalam mangkuk bahan A. Kacau rata.
3. Masukkan Bahan C dalam adunan bahan A. Kacau rata.
4. Panaskan kukusan sehingga mendideh dan lapikkan kertas minyak dalam loyang 8 x 8 inci.
5. Masukkan adunan dalam loyang dan kukuskan selama 1 jam.
6. Bila telah mask buka tudung kukusan perlahan supaya air tidak menitik keatas kek.
7. Hiaskan dengan cream coklat.

Cream Coklat:
1. Panaskan coklat didalam periuk secara double boiling.
2. Bila nampak coklat hampir cair tutup api.
3. Masukkan fresh cream dan kacau sebati sehingga agak sejuk
4. Bila dah hampir sejuk tuangkan atas kek dan hiaskan mengikut kesukaan sendiri.



Maklumat dibekalkan oleh Kak Liza pada 27 Aug 2007


4 comments:

  1. teh, long baru perasan laa.. template blog teh nih ader salib terbalik kt tepi dia niih.. tukar lah skin lain. tak elok nih. salib terbalik tur maknanya anticrist(penolakan beragama wahyu) Lambang golongan penyembah syaitan atau satanic

    ReplyDelete
  2. thanks long... bl long gtau teh pun baru mpk kat ne..

    ReplyDelete
  3. long pun tak perasan laaa.. Selama ni tak pernah laa nengok betul2. baru2 nih jer terperasan

    ReplyDelete
  4. teh..wat ke kek tu?hahaha ke simpan je resepi wat collection?

    ReplyDelete