Wednesday, February 17, 2010

beef stew with meatball

Beef Stew with Meatball

Stew_myresipi

Bahan-bahan ( 8-10 orang )

  • MEATBALL:
  • 700gm daging cincang/kisar
  • 170gm biskut cream cracker (hancurkan)
  • 6 ulas bawang putih (tumbuk lumat)
  • 1 inchi halia (tumbuk lumat)
  • 1 sdb garam
  • 1 1/2 sdb serbuk lada sulah
  • 2 sdb tepung jagung
  • sedikit daun sup (potong halus)
  • 1 biji telur
  • 2 biji telur (untuk menggoreng)

  • BAHAN STEW:
  • 1 inchi halia
  • 10-15 tangkai cili kering
  • 8 ulas bawang putih
  • 10 ulas bawang merah
  • 1 sdk oregano (optional)
  • 100gm @ 1 tin kecil tomato puree
  • 115gm @ 1/2 botol kecil sos tomato
  • 3 liter air
  • 1 batang tulang rusuk lembu (potong kecil dan rebus dahulu. Ketepikan bersama stoknya sekali)
  • 1 sdb tepung jagung (bancuh bersama sedikit air)
  • 2 biji carrot (potong segiempat tepat)
  • 7 biji kentang (potong 4 menegak dan goreng)
  • Kobis bunga
  • P/S: Jika tak ada tomato puree, masukkan saja 1 botol kecil tomato sos sebagai gantinya.

Cara-cara

  1. MEATBALL: Campurkan semua bahan (kecuali 2 biji telur untuk menggoreng), dan gaul sebati.
  2. Bentukkan bebola (saiz jangan terlalu kecil sbb biasanya saiz untuk stew agak besar).
  3. Gaulkan ke dalam telur yang dipukul dahulu sebelum menggoreng.
  4. STEW: Kisar halia, cili kering, bawang putih dan bawang merah. Kemudian, tumis bahan ini sehingga garing.
  5. Masukkan pula tulang bersama-sama air stoknya sekali. Kemudian, tambahkan lagi air (3liter).
  6. Apabila sudah mendidih, masukkan tomato puree& tomato sos. Kacau.
  7. Masuk pula garam, serbuk perisa (jika suka), kobis bunga dan carrot.
  8. Bila kobis & carrot sudah separuh masak, masukkan air campuran tepung jagung.
  9. Akhir sekali, masukkan meatball dan kentang goreng.
  10. Kacau sedikit dan matikan api. Boleh dihidang bersama garlic bread atau apa-apa jua hidangan bersesuaian.
  11. P/S: Tak semestinya guna tulang rusuk lembu. Boleh juga guna any other parts ataupun tulang-tulang ayam seperti kaki, leher etc.. dengan timbangan yang setara.

Sunday, November 22, 2009

our 1st anniversary.....

22/11
Yesterday was our 1st anniversary...
Nasib baik ingat tu pun dah petang......

So many things happen lately menjadikan aku seorg yg pelupa...
Aku kata kat dia... "abg lupa sesuatu hari ni.."
No respon... Walaupun dia tau ape yang aku maksudkan..
Susah sgt ke nk ckp??

Aku post kat facebook may be dia tak perasan lagi kot...
But thanks la kat keng kawan yang wish termasuk abg long..

Until today...
No wish... Not even a single word...
No present... Not even a single kiss....

So ia membantutkan setiap idea yg bermain dikepala aku selama ni..
Rasanya klu 1st anniversary dah mcm ni...
Stop dreamings....
He will never change...
May be it just a number to him...
Will increase year by year...

Why he never appreciate??....
Is it too hard 4 him??
Or may be he will appreciate after he lost it!!

Right??????

Saturday, November 21, 2009

TRaGeDi BaLiK KeNdURi

Gara-gara nk g kenduri,
Aku balik Pahang minggu ni...

Gara-gara nk g kenduri,
Aku balik Pekan semalam...

Gara-gara nk g kenduri,
Aku patah balik sbb baju nk g kenduri tertinggal...

Gara-gara nk g kenduri,
Kete kami kene langgo dek anak lembu...

Gara-gara nk g kenduri,
Kopak peket...budget raya pun lari....


Geram tul, klu aku jumpa owner dia aku dah suh dia wat korban lebih awal...
Tambah geram anak lembu tu menonong je jln siap ngadu lg ngan mok dia...
Yang pasti dia mesti dapat pengajaran...Tang cakap selepas kejadian...mesti mak dia pesan..
"Dekat nak raya ni jgn main atas jln raya kang tak pasal2 jd korban raya haji.."
Hahahaha...




Location:- Kampung Temai, Pekan , Pahang
Photographer:- Akula..



SETIAP YANG BERLAKU PASTI ADA HIKMAH YANG TERSEMBUNYI.. MAHA SUCI ALLAH HANYA DIA YANG MAHA MENGETAHUI...
AKU REDHA....




Sunday, November 15, 2009

Sebelum dan selepas...

Malam td adik aku( tang) hantar gambar aku yg dah di-edit kat YM... hahaha mmg ni la kje dia sejak dia alami nightmare yang sama ngat aku.. JERAWAT yang jahat. Tapi dia tak seteruk aku.. Just to share betapa deritanya aku..


Gambar ni masa majlis pertunangan aku- 15.03.2009 masa ni jerawat tengah naik dgn jayanya.. so sad. Bayangkan lah.. Tuk sedapkan mata memandang adik aku pun cucikan @ padam jerawat tu jadila cam kat bawah ni.



Haha ni la... klu msk majalah mmg selicin ni la jadinya....huhuhu


Ni plak gambar lama aku sekitar tahun 2006-masa ni kat UiTM Shah Alam. Time ni jerawat aku tak teruk lg...
Tapi adik aku padam gak kasi bersih.. ni la hasil selepas dipahamkan.



Ni pun sama masa kat UiTM...

I wish muka aku dpt jd selicin ni... Tp cam bermimpi jer.. sbb parut dah byk... susah nk hilangkan. Jadi ni la satu2 nya cara utk aku berangan yang muka aku bebas jerawat...
Sape2 de petua nk hilangkan parut jerawat leh ar share ngan aku..

Wednesday, November 4, 2009

KEK COKLAT KUKUS LIZA

KEK COKLAT KUKUS LIZA


KEK COKLAT KUKUS LIZA - CARI Makan & Resipi
Bahan-bahan
Bahan A
220 gm tepung gandum
1 s/k baking powder
1/2 s/k soda bikarbonat
50 gm serbuk koko
180 gm gula perang

Bahan B
2 biji telur
1 s/k esen vanila

Bahan C
200 ml susu cair
200 ml minyak mazola
200 mi air panas

Cream Coklat:
300 gm coklat masakan [potong kecil]
50 gm fresh cream
Cara Memasak
1. Gaulkan semua bahan A dalam mangkuk supaya rata.
2. Pukul Bahan B dalam mangkuk berasingan. Masukkan dalam mangkuk bahan A. Kacau rata.
3. Masukkan Bahan C dalam adunan bahan A. Kacau rata.
4. Panaskan kukusan sehingga mendideh dan lapikkan kertas minyak dalam loyang 8 x 8 inci.
5. Masukkan adunan dalam loyang dan kukuskan selama 1 jam.
6. Bila telah mask buka tudung kukusan perlahan supaya air tidak menitik keatas kek.
7. Hiaskan dengan cream coklat.

Cream Coklat:
1. Panaskan coklat didalam periuk secara double boiling.
2. Bila nampak coklat hampir cair tutup api.
3. Masukkan fresh cream dan kacau sebati sehingga agak sejuk
4. Bila dah hampir sejuk tuangkan atas kek dan hiaskan mengikut kesukaan sendiri.



Maklumat dibekalkan oleh Kak Liza pada 27 Aug 2007